Cari @ Amanz

Sebelum ini, sudah dua kali kami ketemui komputer riba yang dijana oleh Chrome OS, iaitu CR-48 dan juga Samsung ChromeBook Series 5. Namun, ia masih tidak diketahui bilakah komputer dengan ChromeOS akan tiba di Malaysia secara rasminya. Walaubagaimanapun, ia bukanlah perkara yang ingin dibincangkan, sebaliknya perubahan pada ChromeOS bermula daripada bersi R19 ini.

Melalui kemaskini Chrome OS yang diperkenalkan, ia membawakan pengurus tetingkap yang serba baru, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan desktop pada Chrome OS. Sebelum ini, ia hanya bergantung kepada antaramuka pelayar web semata-mata sahaja, dan semestinya, perubahan ini akan memberikan impak besar kepada sistem operasi berasaskan awan daripada Google itu.

Secara kasarnya, ia kelihatan seperti sokongan skrin utama pada tablet Android, dimana melalui ChromeOS, para pengguna boleh pin-akan aplikasi Chrome kegemaran mereka pada skrin utama untuk akses pantas, disamping turut menyertakannya pada bahagian taskbar. Untuk menjayakan rekabentuk dan antaramuka baru ini, Chrome OS kini mula menggunakan sokongan hardware-acclerated dalam memberikan pengalaman penggunaan dan grafik yang menarik.

Buat masa ini, ia baru diperkenalkan untuk saluran pembangunan Chrome OS, dan mungkin kelak tidak lama lagi, para pengguna biasa akan dapat mengaksesnya melalui sokongan yang dibangunkan oleh Hexxeh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd