Carian
Google Music Labs Diperkenalkan – Sokongan Notifikasi Desktop Dan Audio HTML5 Diuji
April 10, 2012 Aman

Walaupun Google sebelum ini mematikan sokongan Labs secara umumnya, ia masih kekal beroperasi seperti biasa pada beberapa aplikasi mereka, secara terbina, seperti pada GMail, Chrome dan sebagainya. Dan hari ini, Google memperluaskannya kepada perkhidmatan muzik, mereka, membawakan sokongan Google Music Labs, dengan beberapa sokongan baru dalam bentuk ujian padanya.

Buat masa ini sebanyak tiga fungsi menarik yang boleh diuji melalui Google Music Labs, iaitu notifikasi desktop, audio dalam bentuk HTML5 dan turut menyertakan sokongan rating.

Melalui sokongan notifikasi desktop, ia menggunakan teknologi yang didatangkan bersama-sama pelayar web Chrome, membolehkan Google Music memaparkan notifikasi setiap kali lagu baru dimainkan, sama seperti apabila anda menggunakan beberapa pemain muzik untuk desktop. Sokongan ini boleh digunakan pada pelbagai sistem operasi, asalkan anda menggunakan Google Music melalui pelayar web Chrome.

Untuk audio HTML5 pula adalah dimana ia membolehkan Google Music memainkan lagu tanpa keperluan untuk menggunakan sebarang aplikasi tambahan, sebaliknya berjalan sepenuhnya pada pelayar web yang menyokong HTML5. Sekiranya pengguna tidak mengaktifkan sokongan ini pada Google Music Labs, ia memerlukan para pengguna mempunyai sokongan Flash terlebih dahulu untuk mendengar lagu.

Sokongan rating mungkin salah satu perkara biasa, menambah sokongan untuk pengguna melabelkan betapa menariknya sesuatu lagu itu pada akaun mereka.

Mungkin dari semasa ke semasa kita akan terus dapat melihat lebih banyak sokongan baru diperkenalkan pada Google Music Labs, yang terus membawakan pelbagai perkara menarik padanya. Pada masa yang sama, mungkin pengguna tempatan yang tidak berjaya mendapatkan jemputan pada tempoh hari perlu menunggu untuk suatu masa sebelum ia diperkenalkan di Malaysia.

Komen