Photognity Bakal Dilancarkan – Tempat Untuk Jurugambar Dan Pencinta Gambar

Photognity Bakal Dilancarkan – Tempat Untuk Jurugambar Dan Pencinta Gambar

Diterbitkan pada Apr 10, 2012 oleh .

Dengan kamera terbina pada telefon pintar yang kini semakin berkualiti, perkongsian gambar semakin popular dari hari ke hari. Dan kini nampaknya, salah satu projek yang dibangunkan pembangun tempatan adalah Photognity, sebagai salah satu tempat untuk jurugambar dan juga pencinta gambar.

Buat masa ini, laman Photognity hanya memperlihatkan kotak pendaftaran sahaja, dan mungkin akan dilancarkan dalam bentuk ujian beta tidak lama lagi. Informasi lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui, dan kami akan cuba menghubungi pembangun laman tersebut dalam mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengannya.

Namun, daripada apa yang kelihatan, mungkin ianya beroperasi seumpama sebuah laman perkongsian gambar, mahupun laman sosial untuk pencinta gambar.

Sementara kami mendapatkan maklumbalas kembali daripada pembangun Photognity, apakah sasaran anda berkenaan apakah yang bakal dilancarkan oleh pembangunnya?

Tips daripada Fiqa.


TIPS & ULASAN