Cari @ Amanz

Instagram Untuk Android Telah Dimuat-Turun Lebih 5 Juta Kali

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pengambil-alihan Instagram oleh Facebook, hari ini, Instagram terus mencatatkan rekod baru pada platform Android, dimana dalam masa kurang seminggu daripada dilancarkan, Instagram untuk Android telah pun dimuat-turun lebih daripada 5 juta kali secara keseluruhannya.

Angka ini dijangka akan terus meningkat dalam minggu-minggu akan datang, dimana ramai yang mensasarkan Instagram akan mempunyai lebih daripada 50 juta pengguna dalam masa beberapa bulan lagi.

Walaupun Facebook telah mengambil-alih Instagram, mereka turut mengumumkan yang mana mereka tidak akan mematikan aplikasi tersebut, sebaliknya terus menyokong pembangunannya. Awal hari ini, Instagram telah diambil-alih oleh Facebook pada harga $1 billion, yang mana turut mengejutkan pelbagai pihak seluruh dunia.


Komen ()