Carian
Toshl – Uruskan Belanja Kewangan Dengan Mudah
April 11, 2012 Aman

Dengan peranti mudah-alih yang semakin popular, ia juga kini sering digunakan dalam pengiraan pelbagai perkara, dan mencatatkan pembelanjaan dan sebagainya. Salah satu aplikasi mesra pelbagai platform mudah-alih adalah Toshl, yang mana bukan sahaja membolehkan anda mencatatkan dan melihat perbelanjaan anda, tetapi turut menawarkan pelbagai data tambahan, membolehkan anda melihat cara perbelanjaann anda harian mahupun bulanan.

Melalui aplikasi tersebut, ia membolehkan para pengguna melihat perbelanjaan mereka dalam bentuk interaktif, yang mana diperlihatkan dalam bentuk graf yang amat menarik sekali. Ia juga membolehkan anda melihat simpanan anda, disamping mengetahui keadaan kewangan semasa dengan lebih mudah lagi. Apa yang menariknya pada Toshl adalah sokongan pada pelbagai platform, bukan sahaja iPhone dan Android, tetapi turut menyokong Nokia, BlackBerry, dan juga Windows Phone.

Seperti pelbagai perkhidmatan lain, Toshl juga didatangkan dengan sokongan berbayar, yang mana membawakan beberapa perkhidmatan tambahan, dan fungsi-fungsi menarik dalam mencatatkan perbelanjaan anda.

Di Malaysia, antara aplikasi seumpamanya yang dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah BilPlz yang mana berasaskan kepada pelayar web desktop, dan juga Buku Bajet yang dibangunkan untuk pengguna Android.

Kandungan berbentuk video dibawakan khas oleh Syed Syahrul untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @syedsyahrul.

Komen