Chrome Beta Membawakan Sokongan Untuk Sync Halaman Tab Yang Aktif

Chrome Beta Membawakan Sokongan Untuk Sync Halaman Tab Yang Aktif

Diterbitkan pada Apr 11, 2012 oleh .

Salah satu sokongan yang menarik pada pelayar web daripada Google adalah kebolehan untuk sync akan pelbagai data pada pelayar web seperti bookmark, aplikasi, tema, kata laluan dan sebagainya dengan mudah. Hari ini, Google terus menambah-baik sokongan tersebut dengan turut membolehkan para pengguna sync akan tab-tab yang dibuka pada pelayar web mereka dengan mudah.

Sokongan ini diperkenalkan pada pelayar web Chrome versi Beta terkini, membolehkan para pengguna menikmati sokongan tersebut dengan mudah, dan perlukan mereka log masuk ke pelayar web masing-masing terlebih dahulu.

Dengan sokongan ini, anda boleh ikuti tab-tab yang sedang dibuka oleh anda pada komputer yang lain dengan mudah, tanpa perlu menaip dan mencari setiap satu web itu dari semula.

Fungsi ini amat berguna sekiranya anda sering menggunakan lebih daripada satu komputer untuk melayari laman web, seperti di rumah dan juga dipejabat, ataupun jikalau mahu melihat tab yang sama pada peranti mudah-alih Android anda melalui aplikasi Chrome untuk Android.

Bagi para pengguna Chrome yang telah menggunakan versi Beta terkini, boleh melayari sokongan ini dengan mengakses ke halaman tetapan (chrome://chrome/settings/syncSetup), dan aktifkannya melalui di sana.


TIPS & ULASAN