Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan – Sedia Untuk Dimuat-Turun

Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan – Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Apr 11, 2012 oleh .

Pada awal tahun ini, Nokia dan Microsoft telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan aplikasi Microsoft Office untuk Symbian. Dan hari ini, secara rasminya, kedua-dua gergasi itu memperkenalkan aplikasi tersebut untuk pengguna Symbian, sekaligus menjadikan sokongan rasmi pertama untuk aplikasi Microsoft Office diluar platform Windows Phone, lebih awal daripada pengguna Android dan juga iOS.

Bermula daripada hari ini, para pengguna Nokia 701, Nokia 700, Nokia 603, Nokia E7, Nokia X7, Nokia C7, Nokia Oro dan juga Nokia C6-01 boleh memuat-turunnya dengan menghubungkan telefon pintar Symbian mereka itu kepada PC dan memuat-turunnya melalui Nokia Software Update. Menurut Nokia, aplikasi tersebut turut akan diperkenalkan pada Nokia Store dalam beberapa minggu lagi, selain peranti Symbian baru keluaran mereka kelak akan turut menyertakan aplikasi tersebut. Untuk pengguna Nokia N8, Nokia E6 dan juga Nokia 500, aplikasi tersebut akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Walaupun Microsoft dan Nokia hanya memperkenalkan aplikasi Word Mobile, PowerPoint Mobile dan juga Excel Mobile ari ini kepada pengguna Symbian, terdapat beberapa aplikasi pihak ketiga yang membawakan sokongan untuk dokumen-dokumen tersebut pada platform Symbian jauh sebelum ini. Namun, semestinya sokongan aplikasi rasmi daripada Microsoft dinantikan ramai.

Jadi, sekiranya telefon pintar anda antara yang telah disokong, anda boleh memuat-turun aplikasi Microsft Office Mobile melalui Nokia Software Update, dan berikan maklumbalas anda berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN