A Year In The Like – Lihat Kemaskini Popular Di Facebook Sepanjang Tahun

A Year In The Like – Lihat Kemaskini Popular Di Facebook Sepanjang Tahun

Diterbitkan pada Apr 11, 2012 oleh .

Jikalau pada awal tahun ini, Facebook Timeline Movie Maker diperkenalkan membolehkan para pengguna Facebook menghasilkan sebuah filem yang menarik dengan menyertakan data-data mereka, hari ini, Microsoft pula memperkenalkan sesuatu yang lebih kurang serupa, dinamakan sebagai A Year In The Like.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghasilkan video menarik, tetapi sebaliknya memperlihatkan beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun lepas melalui sebuah latar masa yang ringkas. Melalui aplikasi ini, ia menarik data-data daripada Facebook mengikut populariti (bilangan Like?), dan memperlihatkannya kepada pengguna menggunakan sokongan Flash.

Para pengguna juga boleh klik pada setiap teks yang diperlihatkan, dan ia akan memperlihatkan perbincangan dan kemaskini status berkaitan dengannya, disamping menyertakan gambar mahupun video sekiranya terdapat untuk status tersebut.

Walaupun ianya mungkin tidak begitu menarik, namun, memandangkan hari ini hari cuti umum, mungkin anda boleh habiskan sedikit masa dan melihat kembali apakah perkara-perkara menarik yang telah anda kongsikan bersama rakan-rakan yang lain sepanjang tahun lepas di A Year In The Like.


TIPS & ULASAN