Toshiba Bakal Melancarkan Tablet 13-inci Pada Bulan Jun Kelak

Toshiba Bakal Melancarkan Tablet 13-inci Pada Bulan Jun Kelak

Diterbitkan pada Apr 11, 2012 oleh .

Saiz peranti pintar terus meningkat dan membesar dari hari ke hari. Terkini, ia dilaporkan yang mana Toshiba bakal melancarkan tablet mereka bersaiz 13-inci kepada umum tidak lama lagi dan dikenali sebagai Toshiba Excite 13. Peranti dengan saiz tablet terbaru ini disasarkan bakal dilancarkan oleh Tohsiba pada 10 Jun kelak.

Melalui Toshiba Excite 13, ia bakal dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3, kamera hadapan 2-megapixel, kamera belakang lima megapixel, skrin dengan saiz resolusi 1600×900 pixel, dan turut disertakan dengan beberapa slot seperti slot kad-SD, slot HDMI, dan juga slot mikro-USB.

Namun, persoalannya adalah adakah ramai yang akan dapat menerima tablet bersaiz 13-inci ini? Pada tahun lepas, ketika Samsung memperkenalkan Galaxy Note, ramai yang mempersoalkannya disebabkan saiz yang besar, namun, ia terbukti merupakan salah satu peranti yang terjual dengan meluas di seluruh dunia. Pada masa yang sama, kini kebanyakkan telefon pintar didatangkan dengan skrin bersaiz 4-inci padanya.

Jadi, adakah tablet 13-inci akan diterima oleh pengguna tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN