Nokia Lumia 610 NFC Diperkenalkan – Windows Phone Dengan Sokongan NFC

Nokia Lumia 610 NFC Diperkenalkan – Windows Phone Dengan Sokongan NFC

Diterbitkan pada Apr 11, 2012 oleh .

Sehingga kini, Nokia hanya sekadar memperkenalkan sokongan NFC pada peranti MeeGo dan juga Symbian sahaja, dan hari ini mereka turut membawakan sokongan NFC kepada peranti Windows Phone mereka dengan melancarkan peranti Nokia Lumia 610 NFC hari ini.

Memandangkan pada penggunaan angkanya, Nokia Lumia 610 akan menjadi peranti paling murah daripada Nokia yang menggunakan Windows Phone. Dari segi spesifikasi, ia membawakan memori terbina sebanyak 8GB (tiada slot mikroSD), RAM sebanyak 256MB, skrin seluas 3.7-inci LCD, dijana menggunakan Windows Phone 7.5 Mango, kamera belakang 5-megapixel, sokongan radio FM terbina, dan didatangkan bersama-sama dengan NFC.

Bersama-sama dengan sokongan NFC, ia juga membolehkan para pengguna membuat pembayaran melaluinya dengan hanya menyentuh, selain daripada boleh melakukan pelbagai perkara lain, seperti berkongsi fail, mendengar lagu pada speaker dan banyak lagi. Ia juga turut menerima pengesahan daripada pihak MasterCard dan juga Visa untuk penggunaan dalam pembayaran.

Lumia 610 NFC dijangka akan dipasarkan bermula daripada suku tahun ketiga tahun ini.


TIPS & ULASAN