Chrome 20 Membawakan Integrasi Sokongan Chrome To Mobile

Chrome 20 Membawakan Integrasi Sokongan Chrome To Mobile

Diterbitkan pada Apr 11, 2012 oleh .

Chrome 20 telah pun memulakan pembangunannya pada minggu lepas, dimana mereka yang ingin mengujinya boleh memuat-turun Chrome Canary. Walaupun masih tidak diketahui secara penuh apakah fungsi yang bakal didatangkan padanya, salah satunya adalah sokongan menghantar sesuatu halaman web terus ke peranti Android anda dengan mudah melalui sokongan Chrome To Mobile.

Perkara ini telah disokong oleh Google sejak awal tahun ini melalui sebuah extension khas, membolehkan para pengguna Chrome pada desktop menghantar halaman web yang sedang dilayari mereka itu terus ke peranti Android mereka yang turut menggunakan aplikasi Chrome.

Namun, untuk menggunakannya, anda hendaklah perlu log masuk kepada Chrome pada Android dan juga pada desktop, supaya fungsi ini dapat dijayakan. Mungkin ini merupakan salah satu fungsi tambahan, selain daripada sokongan sync yang kini diperkenalkan pada Chrome 19 Beta, yang membolehkan para pengguna sync akan tab-tab yang dibuka dengan mudah pada desktop-desktop mereka, mahupun pada peranti Android mereka.


TIPS & ULASAN