Ura-ura berkaitan dengan iTunes 11 telah pun mula kedengaran sejak daripada tahun lepas, dimana dikatakan akan membawakan rekabentuk antaramuka baru dan sebagainya, Kini, 9to5Mac, salah satu laman terkemuka yang memfokuskan berita-berita daripada Apple melaporkan yang mana Apple kini sedang dalam proses pembangunan iTunes 11, yang mana kelak akan membawakan sokongan untuk iOS 6 dan juga iCloud padanya.
Walaubagaimanapun, menurut mereka lagi, apa yang sedang dilakukan sekarang oleh para pembangun Apple adalah lebih kepada kemaskini dan penaik-tarafan dari segi fungsi padanya, dan bukannya dari segi rekabentuk dan juga antaramuka aplikasi tersebut.
Melalui iTunes 11 kelak, ia dikatakan akan membawakan sebuah panel khas untuk kawalan kandungan dalam iCloud, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskannya terus daripada desktop mereka.
Beberapa perubahan pada iTunes Store sendiri dinantikan, apatah lagi dengan penambahan pasukan daripada Chomp pada awal tahun ini oleh Apple. Jadi, serba sebanyak mungkin kita akan dapat melihat sedikit perubahan dari segi rekabentuknya juga kelak.
Buat masa ini, bilakah iTunes 11 bakal dilancarkan masih menjadi tanda tanya. Namun, memandangkan iTunes 10 sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2010, mungkin kita akan dapat melihat kemaskini aplikasi popular daripada Apple itu tidak lama lagi.