Google hari ini terus memperkenalkan kemaskini kepada laman sosial mereka yang kini digunakan oleh lebih 170 juta pengguna, membawakan rekabentuk dan antaramuka yang lebih kemas lagi, serta navigasi yang lebih mudah dan mesra pengguna lagi.
Menu navigasi yang sebelum ini pada bahagian atas, kini diperlihatkan pada bahagian kiri, membawakan beberapa sokongan tambahan, dimana para pengguna boleh menyusun aplikasi mengikut citarasa mereka, serta mengakses pelbagai aplikasi dengan lebih pantas lagi, serta menjadikannya lebih sosial dengan mudah.
Pada masa yang sama, ia juga kini membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara dengan mudah dari mana-mana lokasi di Google+, dan Google mengatakan pelbagai perkara tambahan akan dibawakan melalui laman sosial mereka memfokuskan kepada perkongsian.
Google+ yang baru juga membawakan penambahan halaman khas untuk fungsi Hangout, membolehkan para pengguna melihat pelbagai perkara berkaitan dengan Hangout melalui satu halaman, seperti mengetahui siapakah yang sedang aktif, dan anda boleh menyertai mereka terus melaluinya.
Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat bermula daripada hari ini. Apa yang menariknya adalah, kemaskini antaramuka baru ini amat menarik sekali, dan disukai ramai, apatah lagi ianya dibawakan dengan amat kemas sekali.
Mungkinkah Google+ akan dapat menarik lebih ramai pengguna melalui kemaskini yang baru ini?