Google Currents Diperkenalkan Untuk Pengguna Seluruh Dunia – Termasuk Malaysia

Google Currents Diperkenalkan Untuk Pengguna Seluruh Dunia – Termasuk Malaysia

Diterbitkan pada Apr 12, 2012 oleh .

Google Currents merupakan salah satu aplikasi yang terbaik untuk Android (dan iOS), menawarkan pembacaan artikel dengan mudah, selain mengikuti laman-laman kegemaran anda terus melalui peranti mudah-alih mereka. Setelah diperkenalkan hanya untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja sebelum ini, hari ini Currents dilancarkan secara rasminya kepada pengguna antarabangsa termasuk Malaysia.

Aplikasi ini telah diperkenalkan pada penghujung tahun lepas, dan bersama-sama dengan kemaskini yang diperkenalkan hari ini, Currents juga didatangkan dengan sokongan sebanyak 38 bahasa. Namun, mendukacitakan, bahasa Malaysia masih belum terdapat padanya.

Disamping itu, ia juga membawakan pertambahan prestasi sehingga 7 kali ganda berbanding sebelum ini, disamping sokongan sync serta-merta tanpa perlu melakukannya secara manual seperti sebelumnya. Currents juga kini didatangkan dengan sokongan offline untuk memudahkan anda membaca walaupun tanpa talian internet pada peranti anda.

Pengenalan aplikasi Google Currents ini untuk pengguna seluruh dunia juga menjadikannya salah satu aplikasi menarik dan wajib dimiliki, dalam memudahkan mereka mengikuti pelbagai artikel baru yang dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti mereka. Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turunnya hari ini terus melalui Google Play Market atau untuk pengguna iOS daripada AppStore, dan jangan lupa menambah Amanz disana.


TIPS & ULASAN