Kilang Foxconn merupakan salah satu kilang popular didunia, dimana merupakan tempatnya tablet terkemuka di dunia dibangunkan, iaitu iPad. Ia sering dikaitkan dengannya sebelum ini adalah dimana pekerja di sana tidak dijaga dengan baik, disamping dibayar gaji yang amat sedikit berbanding dengan tugas mereka.
Walaubagaimanapun, ia masih kekal sebagai antara kilang yang popular di China, dan menerima permohonan kerja yang tinggi hampir setiap hari. Dalam memberikan idea yang lebih dekat bagaimana ia kelihatan didalamnya, Marketplace membawakan sebuah video ringkas daripada kilang tersebut, selain turut melaporkan yang mana Foxconn bukan sahaja sebuah kilang biasa, tetapi turut menyediakan beberapa fasiliti tambahan, seperti tempat beriadah dan sebagainya untuk lebih 240,000 orang yang bekerja di sana.