Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, Rockstar Games telah pun melancarkan permainan Max Payne Mobile mereka untuk para pengguna iPhone dan juga iPad, membolehkan mereka memuat-turun permainan tersebut daripada AppStore pada harga cuma $2.99 (~RM9.15). Ini sekaligus menjadi permainan kedua daripada Rockstar Games, setelah memperkenalkan permainan GTA 3 kepada pengguna iOS sebelum ini.

Melalui Max Payne Mobile, ia membawakan permainan yang dioptimasikan untuk para pengguna iPhone dan juga iPad, membolehkan mereka menikmati pelbagai perkara sama seperti pada versi desktopnya, termasuk fungsi popular, dinamakan sebagai Bullet Time. Ia juga membawakan resolusi HD padanya, dan menyokong paparan Retina yang dibawakan oleh iPad baru.

Bagi para pengguna iPhone 3GS dan terkini, dan juga iPad, anda boleh memuat-turun permainan bersaiz lebih kurang 1.1GB ini terus daripada AppStore hari ini, manakala untuk pengguna Android, Max Payne Mobile ini dijangka akan dilancarkan 26 April kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd