Cari @ Amanz

Dalam pelbagai platform blog yang disediakan, WordPress merupakan antara yang popular, dan digunakan oleh kebanyakkan laman-laman blog seluruh dunia. Pada tahun lepas, ia diketahui yang mana WordPress menjana 12% daripada keseluruhan web, dan nampaknya angka tersebut akan terus meningkat pada tahun ini.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Royal Pingdom, ia diketahui WordPress mendominasi sebanyak 49% daripada platform blog yang digunakan oleh sebanyak 100 blog terkemuka dunia. Dan sebanyak 40% daripadanya adalah WordPress yang dihoskan sendiri pada pelayan masing-masing, manakal selebihnya menggunakan sokongan WordPress.com.

Selain daripada WordPress, antara platform lain yang turut popular adalah termasuk Movable Type, Drupal, dan Typepad. Perkhidmatan seperti Blogger dan juga Tumblr turut sama merupakan antara pilihan popular dikalangan pengguna.

Untuk tahun ini, WordPress bakal memperkenalkan sebanyak dua kemaskini, iaitu WordPress 3.4 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan juga WordPress 3.5 yang akan didatangkan pada penghujung tahun kelak. Bersama-sama dengan kedua-dua versi ini, lebih banyak fungsi baru dijangka akan diperkenalkan, yang mana membuatkan para pengguna akan terus kekal menggunakan WordPress, disamping menarik pengguna baru kepadanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd