Cari @ Amanz

Rocket Internet Membawakan Pesaing iBilik – Wimdu

Oleh Aman

Link Copied!

Rocket Internet agak aktif akhir-akhir ini dengan pengambilan pekerja baru disamping melancarkan beberapa perkhidmatan baru mereka, termasuk Lazada dan juga FoodPanda. Nampaknya, selain daripada itu, mereka juga turut menyediakan perkhidmatan seumpama iBilik, yang dinamakan sebagai Wimdu.

Melalui Wimdu, ia menawarkan sokongan untuk para pengguna membuat carian bilik-bilik kosong disesuatu kawasan, dan menyewanya pada harga yang amat murah, berbanding dengan menyewa hotel dan sebagainya. Para pemilik kediaman, mahupun bilik kosong turut sama boleh menyenaraikannya pada laman Wimdu dengan mudah.

Walaubagaimanapun, kekurangannya adalah dimana Wimdu menggunakan mata wang USD dalam penyenaraian, sekaligus menimbulkan sedikit kesulitan untuk mereka yang menggunakannya buat pertama kali, berbanding dengan iBilik yang menawarkan perkhidmatan mereka dalam mata wang tempatan.

Selain daripada Wimdu, Rocket Internet juga mensasarkan untuk melancarkan perkhidmatan baru mereka, Home24.my tidak lama lagi.


Komen ()