Maxis ebuuk Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Android Dan iOS

Maxis ebuuk Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 12, 2012 oleh .

Pada bulan lepas, kami telah melaporkan mengenai Maxis ebuuk, iaitu perkhidmatan buku digital daripada pihak Maxis. Hari ini, secara rasminya gergasi telekomunikasi tersebut telah pun melancarkan perkhidmatan Maxis ebuuk ini kepada umum, membolehkan para pengguna Maxis membeli dan membaca buku digital terus daripada iPad ataupun tablet Android mereka.

Untuk mendaftarkan diri untuk menggunakan perkhidmatan Maxis ebuuk, para pengguna memerlukan akaun Maxis atau Hotlink, dimana setiap pembelian akan dilakukan melaluinya, tanpa anda perlu risau berkaitan dengan penggunaan kad kredit dan sebagainya.

Menurut pihak Maxis, teknologi disebaliknya disokong oleh Alcatel-Lucent, dan membawakan buku digital percuma dan berbayar daripada pelbagai pengedar dan pengeluar buku, termasuk Pelangi Books dan juga Berita Publishing.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Maxis ebuuk daripada Google Play Market, ataupun AppStore, dan mula menggunakannya hari ini. Anda juga boleh melayari laman rasmi Maxis ebuuk untuk melihat buku-buku digital yang ditawarkan mereka.


TIPS & ULASAN