Samsung Chromebook Dengan Sokongan Boot Pantas Diperlihatkan

Samsung Chromebook Dengan Sokongan Boot Pantas Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 13, 2012 oleh .

Chromebook walaupun masih tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia lagi, namun ia telah pun mula kelihatan beberapa kali dalam acara yang dianjurkan Google Malaysia. Terkini, Samsung memperlihatkan Chromebook terbaru mereka di acara IDF 2012 yang berlaku di Beijing, yang mana bersama dengannya, ia didatangkan dengan sokongan boot pantas padanya.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan masa boot yang amat pantas, kurang lima saat. Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang membanggakan memandangkan ChromeOS itu sendiri adalah berasaskan perkomputeran awan, dimana ke semua data disimpan pada pelayan, dan hanya perlu menjalankan sedikit sahaja perkara untuk memulakan sistem operasinya.

Ia diperkatakan, ChromeOS dapat dijadikan lebih pantas lagi melalui penambah-baikkan yang dilakukan pada Coreboot, yang mana merupakan salah satu layer pada sistem operasi Chrome yang mengawal perkakasan komputer.

Bagi para pengguna tempatan, ia masih tidak diketahui bilakah Chromebook daripada Samsung mahupun daripada pengeluar lain akan tiba di Malaysia. Namun, bagi mereka yang ingin mencubanya, mungkin boleh memuat-turun versi Vanilla, dan mencubanya pada komputer anda. Namun, ia semestinya tidak menjanjikan masa boot seperti yang dipertontonkan ini.


TIPS & ULASAN