Intel Bakal Melancarkan Ivy Bridge Seawal 23 April Ini?

Intel Bakal Melancarkan Ivy Bridge Seawal 23 April Ini?

Diterbitkan pada Apr 13, 2012 oleh .

Ivy Bridge merupakan cip pemprosesan generasi baru daripada Intel yang dibangunkan berasaskan kepada teknologi tri-gate, dimana melaluinya, ia menggunakan tenaga yang rendah dengan prestasi dan grafik yang lebih baik. Ia merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pencinta komputer seluruh dunia, dan kini ia dilaporkan Intel mungkin akan melaporkannya seawal 23 April kelak.

Perkara ini mungkin sedikit bercanggah, dimana sebelum ini ia dikatakan Intel akan hanya melancarkannya pada bulan Jun sahaja, namun segalanya mungkin berubah dalam dunia perkomputeran yang bergerak amat pantas dari hari ke hari ini.

Melalui Ivy Bridge, ia memfokuskan kepada beberapa perkara, dimana membawakan penggunaan tenaga yang lebih rendah untuk penggunaan bateri pada jangka masa yang lebih lama, disamping membawakan sokongan grafik tinggi. Disamping itu, ia juga akan membawakan sokongan untuk USB 3.0 padanya,


TIPS & ULASAN