Permainan Tempatan – Where’s My Chicken Dimuat-Turun lebih 50,000 Kali

Permainan Tempatan – Where’s My Chicken Dimuat-Turun lebih 50,000 Kali

Diterbitkan pada Apr 13, 2012 oleh .

Where’s My Chicken merupakan salah satu permainan Android yang dibangunkan oleh pembangun Malaysia, Accurve Studios. Setelah mereka mencatatkan lebih daripada 20,000 muat-turun pada minggu lepas, kini permainan percuma untuk peranti Android itu telah dimuat-turun lebih daripada 50,000 kali.

Where's My Chicken

Aplikasi permainan ringkas itu, dihasilkan khas untuk platform Android, membawakan permainan dimana pemain perlu menjaga sebuah reban ayam, dengan mengumpulkan telur yang dihasilkan ayam, disamping menjaga ayam daripada menjadi mangsa musang.

Apa yang lagi menariknya mengenai permainan ini adalah dimana ia dibangunkan oleh hanya dua orang sahaja, dimana seorang mengaturcara permainan tersebut, dan seorang lagi membuat rekabentuk dan grafik untuknya. Dengan angka muat-turun yang meningkat hampir 30,000 dalam masa seminggu, mungkin kita akan dapat melihat angka muat-turunnya meningkat dari hari ke hari, dan menjadi salah satu permainan yang popular dari pembangun tempatan.

Jadi, sekiranya anda mempunyai peranti Android, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Market, dan pada masa yang sama, berkongsi mengenainya bersama rakan-rakan pengguna Android anda yang lain.


TIPS & ULASAN