Bagi pecinta permainan video dan komputer, sudah semestinya anda sedia maklum dengan permainan popular pada tahun 2011, iaitu Skyrim. Menariknya, bagi para pemain yang menggunakan konsol Xbox, kini pembangunnya bakal memperkenalkan sokongan Kinect padanya, membolehkan para pemain lebih menjiwai permainan tersebut.
Melalui sokongan Kinect pada permainan tersebut yang bakal diperkenalkan sekitar penghujung bulan ini, ia membawakan sokongan input suara, membolehkan anda mengawal permainan dengan menggunakan suara, disamping menyerang dengan menyebut beberapa perkataan yang telah ditetapkan.
Perkara ini juga bakal memudahkan pemain Xbox untuk mengawal watak mereka, disamping memainkan permainan popular tersebut.
Jadi, lain kali sekiranya anda melihat rakan anda bermain dengan bercakap seorang-seorang, jangan labelkan mereka sebagai orang gila, sebaliknya, teknologi yang membuatkan beliau jadi sebegitu.