Bagaimana Membuang Objek Tak Digemari Daripada Gambar Dengan Mudah?

Bagaimana Membuang Objek Tak Digemari Daripada Gambar Dengan Mudah?

Diterbitkan pada Apr 13, 2012 oleh .

Kadang-kala, pada sesuatu gambar yang dirakamkan oleh anda, mungkin terdapat sebarang objek yang tidak digemari oleh anda, dan untuk membuangnya menggunakan Adobe Photoshop, GIMP dan sebagainya, ia mengambil masa dan kepakaran tertentu. Bagaimana sekiranya anda ingin membuatnya dengan pantas dan mudah? Untuk perkara tersebut, mungkin anda boleh mencuba aplikasi Seam Carving GUI.



Melalui perisian Seam Carving GUI ini, ia membawakan lebih daripada sekadar sokongan membuang objek yang tidak diingini sahaja, termasuk sokongan untuk mengubah saiz gambar dan banyak lagi. Namun, fungsi membuang objek yang tidak digemari itu merupakan salah satu kesukaan kami.

Untuk membuang sesuatu perkara daripada gambar yang dirakamkan, ianya amat mudah. Para pengguna hanya perlu membuka gambar melalui perisian tersebut, dan membuat pilihan Mark Area For Removal. Sebuah brush akan disediakan, untuk anda menandakan bahagian yang ingin dibuang dengan warna merah. Selesai saja menandakannya, klik pada butang Remove dan objek tersebut akan dibuang dengan serta merta.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia tidak menghasilkan hasil yang sempurna, dan masih terdapat kecacatan pada gambar yang dihasilkan. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, para pengguna boleh membuang objek pada bahagian kiri atau kanan gambar, manakala ia membawakan hasil yang agak kurang menarik apabila gambar dibahagian tengah dibuang.



Untuk mencubanya sendiri, anda boleh memuat-turun perisian Seam Carving GUI ini secara percuma daripada laman Google Code, dan mula membuang objek-objek yang tidak digemari daripada gambar anda. Seam Carving GUI didatangkan dengan sokongan pelbagai platform, termasuk Windows dan Mac. Bagi para pengguna Linux, sumber disediakan, memerlukan mereka compile sendiri aplikasi tersebut.


TIPS & ULASAN