Tambah Efek Menarik Pada Video Melalui Aplikasi Android – Ultimate Special FX

Tambah Efek Menarik Pada Video Melalui Aplikasi Android – Ultimate Special FX

Diterbitkan pada Apr 13, 2012 oleh .

Ingatkah lagi dengan aplikasi iOS yang dinamakan sebagai Action Movie FX, membolehkan anda menambah efek tambahan untuk video yang dihasilkan anda, seperti letupan, angin dan sebagainya? Kini, dengan konsep serupa, sebuah aplikasi baru diperkenalkan untuk pengguna Android, dinamakan sebagai Ultimate Special FX.

Buat masa ini, sebanyak tiga efek khas disediakan melalui aplikasi tersebut, membolehkan para pengguna menambah efek seperti tembakan dari peluru berpandu, kereta terbang, dan juga serangan udara. Namun menurut pembangunnnya, lebih banyak efek akan ditambah dari semasa ke semasa.

Bagi para pengguna Android 2.3.7 dan terkini, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Market dan mula serlahkan kreativiti anda melalui rakaman video. Namun, hendaklah dimaklumkan yang mana aplikasi ini tidak menyokong pengguna Honeycomb buat masa ini.


TIPS & ULASAN