Carian
SoftSpace Bakal Turut Menyokong Pembacaan Cip MyKad – Berharga RM300
April 13, 2012 Aman

Produk dan perkhidmatan daripada SoftSpace merupakan salah satu perkara yang dinantikan. Hari ini, ia kelihatan yang mana pihak SoftSpace telah mengemaskini laman web mereka, dengan menyediakan lebih banyak maklumat berkenaan dengan platform pembayaran menggunakan kad kredit melalui peranti iOS mereka. Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak SoftSpace kini sedang menantikan kebenaran pihak Bank Negara Malaysia sebelum memulakan operasi mereka sekitar bulan Julai kelak.

Melalui temuramah yang dijalankan oleh pihak The Star, pembangun SoftSpace turut sama mengatakan yang mana selain daripada hanya membaca kad kredit, peranti mereka itu juga menyokong untuk membaca cip yang terdapat pada MyKad, sekaligus membawakan nilai tambahan kepada peranti mereka itu.

SoftSpace dijangka akan mula menawarkan peranti mereka kepada para peniaga kecil dan sederhana, serta syarikat besar bermula sekitar bulan Julai kelak, dimana peranti mereka itu dijual pada harga RM300. Setiap transaksi juga akan dikenakan caj, berdasarkan kepada seiap penyedia, dan ia masih belum dikeluarkan pihak SoftSpace buat masa ini.

Sekiranya pihak SoftSpace berjaya memasarkannya dengan cemerlang ke seluruh Malaysia, disamping mendidik pengguna Malaysia dalam mempercayai pembayaran melaluinya, mungkin kelak kita akan dapat melihat ianya sebagai salah satu langkah awal untuk pembayaran tanpa tunai. Mungkin suatu hari nanti kita akan membeli nasi lemak di tepi jalan dengan membayarnya menggunakan kad kredit melalui SoftSpace ini.

Tips awal daripada Junaidix.

Komen