Sistem Keahlian UMNO Diceroboh – Data Ahli Dimuat-Turun Pengodam

Sistem Keahlian UMNO Diceroboh – Data Ahli Dimuat-Turun Pengodam

Diterbitkan pada Apr 14, 2012 oleh .

Boleh dikatakan, sejak daripada tahun lepas, aktiviti pengodaman agak aktif di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Jikalau sebelum ini, kebanyakkan perkara yang digodam seperti laman web, sistem pendaftaran laman pengiklanan, pangkalan data TM dan sebagainya, hari ini, dilaporkan sistem keahlian UMNO turut diceroboh, dan beberapa data dicuri daripadanya.

Melalui laman KenaHack yang memperolehi maklumat mengenainya melalui emel, data yang diceroboh dikatakan bersaiz sehingga 30GB yang mengandungi pelbagai maklumat ahli sedia ada UMNO telah dimuat-turun oleh pengodam. Pada masa yang sama, fail tetapan turut dikongsikan melalui laman Pastebin (pautan pertama + kedua).

Menurut pengodam tersebut juga, ia dikatakan pengodaman ini tidak bermotifkan politik. Pihak KenaHack turut menyatakan yang mana akses ke sistem tersebut telah diperbaiki, dan ia telah diatasi buat masa sekarang ini.


TIPS & ULASAN