Google boleh dikatakan sebagai salah satu gergasi internet, disamping beberapa nama besar seperti Microsoft, Apple dan lain-lain. Walaupun ia merupakan sebuah gergasi, mereka sentiasa mencari cara baru dalam berinovasi, dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan mereka dari semasa ke semasa.
Melalui laporan kewangan yang dikeluarkan mereka untuk suku tahun pertama 2012, ia memperlihatkan pendapatan Google telah meningkat sehingga ke $10.65 billion, meningkat lebih $2 billion berbanding suku tahun sama pada tahun lepas. Ia juga sekaligus meningkatkan pendapatan bersih mereka, disamping terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia enjin carian.
Selain daripada pendapatan melalui pengiklanan, Google juga mempunyai beberapa pendapatan daripada perkhidmatan yang lain, termasuk sistem operasi mudah-alih mereka Android. Pada awal bulan ini, Google turut memperlihatkan projek terbaru mereka, Project Glass, disamping turut bergiat membangunkan projek kereta automatik mereka.
Infografik melalui laman Mashable.