Cari @ Amanz

Selain daripada permainan Max Payne Mobile yang dikeluarkan untuk iOS dan juga Android, bagi para pemain tegar desktop, salah satu permainan yang dinantikan mereka adalah Max Payne 3 daripada Rockstar Games. Permainan ini disasarkan untuk pelancaran bulan Mei untuk Xbox 360, PlayStation 3 dan juga PC.

Bagi mereka yang pernah memainkan permainan Max Payne sebelum ini, sudah tentu ketahui yang mana salah satu perkara yang menjadikan permainan aksi tembak-menembak ini menarik adalah Bullet Time, yang membolehkan anda melambatkan masa dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aksi.

Melalui video terbaru yang dikongsikan pihak Rockstar Games, mereka memperlihatkan sokongan Bullet Time ini pada Max Payne 3 dengan lebih dekat, sekaligus membuatkan pemain dan peminat permainan tersebut lebih ternanti-nantikannya lagi.

Jadi, apakah komen anda berkaitan sokongan Bullet Time pada Max Payne 3?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd