Cari @ Amanz

Facebook Mula Menekankan Sokongan Username Pada Laman Mereka

Oleh Aman

Link Copied!

Sokongan vanity URL ataupun username pada Facebook telah diperkenalkan pada tahun 2009 yang lepas, namun masih ramai yang tidak mengaktifkannya lagi, malah tidak mengetahui kewujudannya. Dan daripada hanya menantikan pengguna mengaktifkannya sendiri, kini Facebook bergerak selangkah kehadapan, dengan mengumumkan mereka akan mengaktifkannya kepada semua pengguna secara berperingkat bermula hari ini.

Penggunaan username pada Facebook adalah agak meluas, dimana selain boleh digunakan untuk log masuk ke akaun Facebook anda (tanpa perlu menaip alamat emel penuh) dan membawa anda ke halaman profil Facebook anda (contoh : fb.me/najibrazak), ia juga turut sama boleh digunakan sebagai medium komunikasi melalui emel ([email protected]).

Dengan pengenalan perkara ini dengan lebih menyeluruh oleh Facebook, ia akan menjadikan komunikasi lebih mudah, dan mungkin Facebook sendiri mempunyai perancangan yang lebih besar untuknya. Jadi, bagi anda yang masih belum memilih nama pengguna Facebook anda, boleh ke halaman rasmi Facebook Username, dan melakukan pilihan hari ini.


Komen ()