Cari @ Amanz

Setelah lebih daripada 600,000 Mac seluruh dunia dijangkiti dengan trojan Flashback sebelum ini, akhirnya Apple telah pun mengeluarkan sebuah aplikasi ringkas untuk membuangnya, dikenali sebagai Flashback Malware Removal Tool, dan ditujukan khas untuk para pengguna OS X Lion yang tidak mempunyai pemasangan Java pada komputer mereka.

Sebelum ini, ia telah dilaporkan sebanyak lebih daripada 600,000 Mac di seluruh dunia telah dijangkiti dengan trojan Flashback ini, dimana melaluinya, ia mengumpulkan pelbagai maklumat peribadi pengguna.

Berbeza dengan Microsoft yang sering mengeluarkan kemaskini sekuriti lebih pantas, dan dilindungi oleh pelbagai perisian sekuriti daripada pihak ketiga dan Linux yang dilindungi oleh komuniti, Apple yang sebelum ini sering dikatakan sebagai bebas virus dan sebagainya, mengambil masa yang agak lama untuk mengatasi perkara ini.

Bagi para pengguna OS X Lion yang ingin memastikan komputer mereka bebas daripada trojan Flashback ini, boleh memuat-turun aplikasi ringkas yang disediakan Apple ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd