Cari @ Amanz

Salah satu teknologi daripada Microsoft yang semakin mendapat perhatian pembangun seluruh dunia akhir-akhir ini adalah Kinect, apatah lagi dengan sokongannya yang diperluaskan ke platform Windows baru-baru ini. Setelah ia dilaporkan Skyrim bakal memperkenalkan sokongan Kinect pada permainan mereka, kini Namco Bandai turut sama mengeluarkan beberapa paparan skrin memperlihatkan sokongan Kinect pada permainan Dragon Ball Z.

Permainan ini bakal dilancarkan untuk Xbox 360 pad bulan Oktober kelak, sekaligus membawakan pengalaman permainan yang serba baru kepada peminat permainan Dragon Ball. Melalui permainan ini kelak, ia akan membawakan lebih 100 cara gerakan dan kawalan berdasarkan permainan, dan pemain boleh memilih daripada 50 watak yang disediakan pada permainan tersebut.

Dengan satu demi satu permainan yang mula membawakan sokongan kepada Kinect, mungkin kelak kita akan dapat melihat ianya turut dioptimasikan untuk platform Kinect untuk Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd