Carian
Lihat Kapal Titanic Dengan Lebih Dekat Melalui Google Earth
April 14, 2012 Aman

Kapal RMS Titanic yang tenggelam satu abad yang lepas merupakan salah satu sejarah yang diketahui hampir semua penduduk dunia, dengan filem dan dokumentari yang dihasilkan berkenaan dengannya. Kini, dengan menggunakan data dan gambar daripada National Geographic, Google membawakan model 3D untuk Titanic, membolehkan para pengguna melihat Titanic terus daripada komputer mereka menggunakan Google Earth.

Ia merupakan salah satu penambahan baru pada aplikasi Google Earth milik Google, dimana selain daripada hanya menyelam sahaja, kini para pengguna boleh melihatnya dengan lebih dekat melalui sokongan paparan 3D, dan juga imej langsung yang dibawakan oleh National Geographic.

Jadi, bagi para pengguna yang berminat untuk mendalami kapal Titanic yang tenggelam itu dengan lebih dekat, anda boleh memulakan Google Earth anda hari ini, dan melakukan carian “Titanic” dan mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengannya.

Komen