Ikuti Kisah-Kisah Nabi Terus Melalui Peranti Android Anda

Ikuti Kisah-Kisah Nabi Terus Melalui Peranti Android Anda

Diterbitkan pada Apr 15, 2012 oleh .

Terdapat pelbagai aplikasi yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan, dan terbaru daripada pihak MudahIT menawarkan aplikasi Kisah Nabi membawakan pelbagai himpunan kisah nabi, yang dikemaskini setiap minggu, khas untuk para pengguna Android.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh terus mengikuti kisah-kisah 25 orang Nabi, yang mana mengikut info yang terdapat pada aplikasi tersebut, kemaskini kisah-kisah baru disertakan setiap hari Jumaat. Setiap kisah juga dikategorikan dengan baik, dan disertakan dengan tajuk untuk setiap satunya.

Namun, daripada penggunaan kami terhadap aplikasi tersebut, dari segi antaramuka dan rekabentuknya, ia amat menyerupai kepada platform iOS, dan seperti tidak mesra dengan pengguna Android (seperti menekan butang “Back” akan terus keluar daripada aplikasi dan bukannya ke muka sebelumnya). Pada masa yang sama, susunan teks juga seperti terlalu rapat, dan tidak mesra untuk dibaca pada skrin kecil.

Pada masa yang sama, mungkin pihak pembangun boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan seperti Jakim dan sebagainya, sekaligus membolehkan para pengguna Android memasang aplikasi tanpa was-was.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Kisah Nabi dan memasangnya hari ini secara percuma. (Percubaan kami memperlihatkan aplikasi ini tidak menyokong pengguna Honeycomb buat masa ini).

Sebagai alternatif, sekiranya anda pengguna iOS, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Prophetic Timeline, mahupun mengikuti kisah Nabi dalam bentuk interaktif melalui latar masa di laman Prophetic Timeline.


TIPS & ULASAN