(Videografik) iPad Dan Kejayaannya Sejak Dilancarkan

(Videografik) iPad Dan Kejayaannya Sejak Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 15, 2012 oleh .

Umum sedia maklum yang mana iPad telah berjaya mengubah industri perkomputeran, dimana sejak daripada dilancarkan pada 2010, Apple telah menjadi salah sebuah syarikat trendsetter, membuatkan pelbagai pengeluar komputer turut sama memfokuskan kepada pengeluaran tablet. Sejak daripada itu, bilangan tablet yang diperkenalkan meningkat dengan drastik, disamping ia turut memberikan kesan secara tidak langsung kepada pengeluaran desktop dan juga komputer riba.

iPad kini telah menjadi pilihan tablet utama pengguna seluruh dunia, walaupun mempunyai persaingan hebat daripada Samsung, Asus dan pelbagai jenama yang lain. Buat masa ini, iPad masih kekal memegang pasaran tablet seluruh dunia, dan perkara tersebut dijangka akan berterusan untuk tahun ini.

Pada tahun ini, Apple telah mengeluarkan tablet generasi ketiga mereka, dimana iPad baru tersebut disasarkan akan memasuki pasaran tempatan pada bulan ini atau bulan Mei kelak. Bagi anda yang berminat, boleh membaca ulasan penuh kami berkenaan iPad generasi ketiga daripada Apple, dan membuat pilihan tepat berkenaan dengannya.


TIPS & ULASAN