Wikileaks Bakal Mula Menayangkan Siri Video 12 Episod Bermula Minggu Hadapan

Wikileaks Bakal Mula Menayangkan Siri Video 12 Episod Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 15, 2012 oleh .

Wikileaks boleh dikatakan sebagai salah satu laman dan perkhidmatan yang paling kontroversi di dunia, dan telah mencetuskan pelbagai perbincangan pada tahun lepas. Dan kini, mereka yang hanya menyediakan data dalam bentuk teks dan sebagainya, muncul dengan rancangan video mereka tersendiri, dan akan mula ditayangkan bermula minggu hadapan.

Siri video yang dinamakan sebagai “The World Tomorrow” itu bakal ditayankan melalui Russia Today bermula minggu hadapan, dan semestinya ia akan turut disertakan untuk tayangan atas-talian.

Jullian Assange yang kini dalam tahanan rumah di lokasi sementara di England, merakamkan sebanyak 12 episod video untuk “The World Tomorrow” ini yang turut menyertakan pelbagai tetamu jemputan yang melibatkan ahli politik, artis dan ramai lagi.

Wikileaks pada tahun lepas telah mendapat perhatian ramai pihak, apabila mereka mendapat beberapa dokumen sulit yang mendedahkan rahsia dan perhubungan kerajaan Amerika Syarikat dan juga negara-negara yang berurusan dengan mereka. Dan semestinya, siri video sebanyak 12 episod ini bakal membawakan dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan pelbagai perkara yang berlaku selama lima tahun kebelakangan


TIPS & ULASAN