Dengan pembelian Instagram oleh Facebook pada harga $1 billion, ia telah mengejutkan ramai pihak dan semestinya perkara ini memberikan kesan kepada pihak Twitter yang sedang meningkat naik dari hari ke hari. Ia dilaporkan kini, yang mana Twitter pernah cuba untuk membeli Instagram sebelum Facebook, dan mungkin perkara ini secara tidak langsung menyumbang kepada harga pembelian tersebut.
Untuk makluman, Jack Dorsey, salah seorang pembangun Twitter adalah salah seorang pelabur terawal di Instagram, dan semestinya sebelum ini, mungkin Twitter sendiri fikirkan ia mungkin agak mudah untuk menarik Instagram menyertai mereka, apatah lagi, akhir-akhir ini Twitter mula memfokuskan penggunaan media pada laman mereka, disamping telah bekerjasama bersama pihak Photobucket dalam memperkenalkan Twitter Photos.
Namun, nampaknya seperti Twitter gagal untuk menarik Instagram, apatah lagi Facebook menawarkan $1 billion untuk mendapatkan syarikat aplikasi mudah-alih terkemuka itu.
Tetapi, sekiranya Twitter yang membeli Instagram tempoh hari, apakah reaksi seantero web, dan kesannya kepada Facebook?