Maybank2U Memperkenalkan Halaman Pengurusan Kewangan Peribadi

Maybank2U Memperkenalkan Halaman Pengurusan Kewangan Peribadi

Diterbitkan pada Apr 15, 2012 oleh .

Sehingga semalam, Maybank2U hanya beroperasi sebagai salah satu perkhidmatan perbankan atas-talian sahaja, dan nampaknya, mereka ingin menawarkan lebih daripada itu, dengan kini memperkenalkan sebuah halaman khas, yang menawarkan pengurusan kewangan peribadi anda, berdasarkan kepada kemasukkan dan pengeluaran wang anda daripada akaun Maybank.

Dinamakan sebagai M2U Planner, ia diintegrasikan bersama-sama dengan Maybank2U, menawarkan data transaksi anda dengan kaedah yang lebih baik lagi, pada masa yang sama, membolehkan para pengguna menguruskan kewangan mereka dengan lebih efisyen lagi.

Sebelum ini, untuk menguruskan kewangan, kadang-kala, memerlukan para pengguna menggunakan aplikasi pihak ketiga, seperti Bilplz, Toshl dan sebagainya, yang memerlukan anda memasukkan data kewangan seperti kemasukkan wang, dan sebagainya. Namun, melalui M2U Planner, kebanyakkannya dilakukan secara automatik.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna Maybank dan boleh diakses melalui laman perbankan atas-talian, Maybank2U.

Tips daripada Khairul.


TIPS & ULASAN