Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai Photognity yang masih dalam pembangunan dan akan dilancarkan dalam bentuk beta tidak lama lagi. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah perkhidmatan tersebut yang memfokuskan kepada komuniti pencinta gambar akan dilancarkan dalam bentuk beta, tetapi jikalau dilihat dari segi progress dan sebagainya, mungkin kita boleh sasarkan sekitar bulan April ini ataupun pada pertengahan tahun pertama 2012 ini.

Menurut pembangunnya, Photognity merupakan gabungan dua perkataan, iaitu Photography dan juga Community. Daripada itu sendiri, ia memberikan idea yang mana ia akan memfokuskan kepada komuniti jurugambar di Malaysia dan juga dunia, membolehkan mereka memaparkan hasil rakaman mereka bersama pencinta gambar yang lain, dalam memberikan insipirasi dan juga komen membina kepada hasil rakaman mereka.

Setiap pengguna yang mendaftar kelak juga akan menerima sebuah halaman profil mereka tersendiri, untuk digunakan sebagai portfolio masing-masing. Sama seperti beberapa laman sosial yang lain, ia juga membolehkan satu antara yang lain mengikuti seseorang, dan mendapatkan kemaskini semasa berkenaan dengan hasil rakaman mereka dengan mudah.

Memandangkan komuniti jurugambar dan mereka yang gemar merakamkan gambar, menggunakan kamera digital semakin meningkat dari hari ke hari, mungkin Photognity mempunyai peluang yang cerah. Namun, seperti biasa, mereka mungkin terpaksa bersaing dengan beberapa pencabar lain, seperti 500px, mahupun Flickr.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd