Cari @ Amanz

Nampaknya, para pemain tempatan yang sudah mendapat akses ke DOTA 2 Beta yang dibangunkan oleh Valve semakin hari semakin ramai. Walaupun kami masih belum mendapat akses untuknya buat masa ini, salah seorang pembaca Amanz, iaitu Najib Hassan berkongsi beberapa paparan skrin untuk permainan DOTA 2 yang masih lagi dalam peringkat ujian beta tertutup buat masa ini.

Ia juga diketahui yang mana pihak Valve akan mengedarkan dan melancarkan permainan tersebut melalui platform Steam. Ini adalah kerana melaluinya, ia akan memudahkan pihak pembangun permainan tersebut memperkenalkan kemaskini dan sebagainya dengan lebih mudah untuk para pemain melalui platform tersebut. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi.


Skrin utama ketika permainan dimulakan.


Menu utama, dimana pada permulaannya, ia dibuka dengan ala-ala seperti membuka pintu slide


Menu utama


Menu untuk mengemaskini.


Menu mencari perlawanan dan permainan.


Menu pilihan perlawanan.


Menu tetapan.


Menu tetapan.


Menu tetapan.


Menu tetapan.


Profil pemain dimana ia memperlihatkan permainan dan watak-watak hero yang dimainkan secara ringkas.


Menu Play – Matchmaking Option membolehkan anda memilih rantau yang anda ingin bermain sekali.


Tetapan Game Mode untuk memilih mode yang diingini pemain.


Menu membuat permainan sendiri. Bermain dalam ini tidak memberikan sebarang penambahan pada level/exp memandangkan ianya lebih kepada latihan ataupun untuk bermain dengan rakan-rakan terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd