Cari @ Amanz

Pelancaran Galaxy S3 merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, selain pada masa yang sama menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui keluarga peranti utama merka itu. Kini, ia dilaporkan Samsung telah pun mula menghantar jemputan, mensasarkan pelancaran pada 3 Mei kelak.

Spesifikasi dan pelbagai perkara berkaitan dengannya masih kekal misteri lagi buat masa ini. Melalui jemputan yang dihantar kepada media antarabangsa, Samsung menyatakan untuk datang dan lihat Galaxy generasi baru, dan tidak menyatakan secara spesifik ianya merupakan Galaxy S3.

Galaxy Baru

Namun, memandangkan mereka telah melancarkan tablet Galaxy mereka pada MWC yang lepas, dan masih belum mulakan jualannya, dan mengikut pelbagai spekulasi, ia kelihatan apa yang bakal diumumkan adalah Galaxy S3.

Mengikut apa yang diura-urakan sebelum ini, ia diperkatakan ia akan membawakan skrin yang agak luas, lebih kurang antara 4 ke 5 inci, disamping membawakan sokongan NFC, dan sudah tentu akan dijana menggunakan Ice Cream Sandwich. Namun, spesfikasi penuh dan tepat masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Jadi, bolehkah kelak melalui Galaxy S3, Samsung sekali lagi mengulangi kejayaan generasi sebelumnya? Ataupun, adakah Samsung bakal memperkenalkan penjenamaan baru, Galaxy S Baru?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd