Cari @ Amanz

Salah satu tablet baru yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah Apple iPad generasi ketiga yang dilancarkan oleh Apple pada bulan Mac yang lepas. Kini, Apple secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan mulakan jualan tablet tersebut di Malaysia bermula 20 April ini, iaitu bermula hari Jumaat ini.

Melalui iPad baru ini, ia membawakan pelbagai peningkatan, terutamanya dari segi paparan, dimana menyertakan paparan Retina, membawakan teks dan imej yang lebih tajam dan kemas lagi. Bersama dengannya, turut disertakan cip pemprosesan A5X dengan sokongan grafik empat-teras, kamera terbina 5-megapixel dengan sokongan rakaman video 1080p, dan didatangkan dengan jangka hayat bateri selama 10 jam seperti sebelum-sebelum ini.

Dari segi harga, ia disasarkan akan dijual mengikut harga sebelum ini, iaitu bermula daripada RM1499 untuk versi 16GB WiFi, dan meningkat mengikut storan dan sokongan 3G. Buat masa ini, Apple hanya sekadar mengeluarkan harga mengikut mata wang Amerika Syarikat, iaitu bermula $499.

Apple iPad baru ini bakal dijual di semua pengedar rasmi Apple seluruh negara. Bagi anda yang sedang berkira-kira untuk membeli Apple iPad baru ini, mungkin boleh membaca ulasan yang dibuat oleh kami sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd