Cari @ Amanz

Sementara ramai yang menantikan pelancaran Samsung Galaxy S3 pada 3 Mei ini, hari ini, Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan Samsung Galaxy S Advance kepada para pengguna tempatan, membawakan pelbagai kemaskini daripada peranti keluarga “S” generasi pertama.

Galaxy S Advance membawakan skrin Super AMOLED 4.0-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, kamera belakang 5-megapixel, dan dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread dan menggunakan antaramuka TouchWiz padanya, sama seperti peranti Samsung yang lain. Ia juga didatangkan bersama-sama beberapa aplikasi terbina, termasuk antaranya Find My Mobile dan juga ChatON.

Samsung Galaxy S yang dilancarkan hari ini di Malaysia, akan boleh didapati daripada pengedar Samsung seluruh negara bermula daripada awal Mei kelak, pada harga RM1299. Ia masih tidak diketahui sama ada syarikat telekomunikasi akan menawarkan pakej khas untuknya ataupun tidak buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd