FourSquare Kini Mempunyai Lebih 20 Juta Pengguna

FourSquare Kini Mempunyai Lebih 20 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Apr 16, 2012 oleh .

Dalam banyak-banyak perkhidmatan geolokasi yang terdapat dalam arena internet kini, satu-satunya yang amat popular adalah FourSquare. Hari ini, FourSquare dengan menyambut 4sqDay (April 4^2) mengumumkan yang mana mereka telah melangkaui angka 20 juta pengguna untuk perkhidmatan mereka.

Dengan angka pengguna yang seramai itu, FourSquare juga turut sama mengumumkan yang mana bilangan daftar-masuk lokasi telah melangkaui lebih daripada 2-billion kali oleh seluruh penggunannya seluruh dunia.

Walaupun angka pengguna FourSquare tidak meningkat secara drastik seperti perkhidmatan seumpama DrawSomething, Instagram, dan sebagainya, ia masih kekal aktif digunakan ramai, disamping menambah pengguna baru setiap hari. Namun, kadar keaktifan pengguna lama pada perkhidmatan tersebut semakin hari semakin berkurangan, dan mungkin FourSquare perlu memperkenalkan sesuatu yang baru pada platform mereka, untuk menjadikan para pengguna lebih aktif menggunakan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN