Carian
Video Promosi Pertama Untuk Microsoft Office 15 Mula Kelihatan
April 17, 2012 Aman

Nampaknya, hari demi hari, informasi berkaitan dengan aplikasi pejabat daripada Microsoft yang bakal dilancarkan sekitar penghujung tahun ini, atau tahun hadapan, iaitu Office 15 mula kelihatan. Terkini, pada hari ini, sebuah video promosi untuknya mula kelihatan di arena web.

Video yang bertajuk “Welcome To Office 15” itu secara ringkasnya memperlihatkan yang mana ia bakal membawakan sokongan aplikasi Office itu pada pelbagai platform, membolehkan para pengguna mengaksesnya dimana jua anda berada, menggunakan sebarang peranti. Berkemungkinan besar, perkara ini akan dijayakan melalui integrasi SkyDrive yang bakal diintegrasikan secara sepenuhnya pada Windows 8 kelak.

Komen