Microsoft Memperkenalkan Versi-Versi Untuk Windows 8

Microsoft Memperkenalkan Versi-Versi Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Apr 17, 2012 oleh .

Nampaknya, hari ini melalui artikel pada blog rasmi Windows 8, Microsoft telah pun mengumumkan versi-versi yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengan sistem operasi generasi baru mereka itu. Sebanyak 3 versi akan diperkenalkan oleh mereka, iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, dan juga Windows RT, sekaligus mengatasi kesukaran untuk memahami versi-versi Windows seperti sebelum-sebelum ini.

Secara ringkasnya, Windows 8 adalah versi biasa yang menyokong pelbagai jenis komputer sama ada versi 32-bit mahupun 64-bit, dan menyertakan kebanyakkan perkara dan sokongan utama padanya, serta sesuai untuk pengguna biasa. Manakala Windows 8 Pro pula memfokuskan kepada pengguna perniagaan, pembangun dan juga mereka yang gemarkan pelbagai perkara tambahan. Melalui Windows 8 Pro, ia bakal menyertakan sokongan untuk encrypt sistem fail, boot daripada cakera keras secara maya, dan beberapa perkara lain lagi padanya.

Untuk pengguna ARM pula, Microsoft memperkenalkan Windows RT, iaitu nama rasmi untuk Windows on ARM. Ia lebih memfokuskan kepada tablet dan sebagainya, dimana sistem operasi versi ini tidak akan didatangkan berasingan seperti Windows 8 yang lain, sebaliknya akan didatangkan dengan pemasangan tersedia pada peranti.

Berkenaan dengan harga, masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN