Carian
Google Drive Bakal Dilancarkan Seawal Minggu Hadapan?
April 17, 2012 Aman

Perkhidmatan storan maya dan juga pesaing untuk Dropbox daripada Google merupakan salah satu perkhidmatan yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Melalui ura-ura terkini yang kedengaran di arena web, ia diperkatakan Google Drive mungkin akan dilancarkan oleh Google seawal minggu hadapan.


Google Drive Pada Mac [via]

Google Drive kelak bakal dilancarkan untuk pengguna Windows, Mac, Android dan mungkin iOS pada masa yang sama, membolehkan para pengguna sesuatu platform itu menyimpan fail mereka pada Google Drive, dan mengaksesnya dengan mudah menggunakan sebarang peranti kegemaran mereka.

Google Drive dijangka akan menawarkan ruangan storan percuma sebanyak 5GB, berbanding pesaing terdekat mereka, Dropbox yang menawarkan hanya sebanyak 2GB sahaja secara percuma. Sebagai perbandingan, Microsoft melalui SkyDrive menawarkan 25GB secara percuma, tetapi masih belum memperkenalkan klien desktop mereka buat masa ini.

Komen