Selepas Flashback, Trojan Baru – SabPub Menyerang Pengguna OS X

Selepas Flashback, Trojan Baru – SabPub Menyerang Pengguna OS X

Diterbitkan pada Apr 17, 2012 oleh .

Nampaknya, pada tahun ini, bilangan trojan dan virus yang terhasil untuk sistem OS X seperti meningkat dengan mendadak, dimana selepas pada minggu lepas Apple mengeluarkan kemaskini untuk mengatasi trojan yang dinamakan sebagai Flashback, kini sebuah malware baru hadir menyerang lagi sistem operasi yang sering dikatakan sebagai bebas virus oleh penggunanya.

Trojan baru yang dikenali sebagai SabPub telah dikenal pasti oleh Kaspersky Lab, yang mana turut melaporkan trojan terbaru ini lebih berkuasa berbanding Flashback, dan mungkin menjadikan lebih ramai pengguna mangsa untuknya. Melalui SabPub, ia menyerang komputer pengguna, dan membuka semua akses ke sistem operasi pengguna, sekaligus menjadikan komputer mereka terdedah kepada lebih banyak serangan dengan mudah.

SabPub versi baru ini menggunakan Java untuk merebak dan menyerang komputer pengguna. Buat masa ini, pihak Apple masih lagi belum mengeluarkan kemaskini sekuriti untuknya, dan mungkin ia mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan.


TIPS & ULASAN