Aplikasi Report Malaysia Taxi Memudahkan Anda Menghantar Aduan Kepada Pihak Berkuasa

Aplikasi Report Malaysia Taxi Memudahkan Anda Menghantar Aduan Kepada Pihak Berkuasa

Diterbitkan pada Apr 17, 2012 oleh .

Nampaknya, permasalahan teksi di Malaysia semakin mendapat perhatian. Selepas TaxiMonger dan juga aplikasi myTeksi yang masih dalam peringkat beta tertutup, kini sebuah aplikasi baru diperkenalkan oleh pembangun tempatan, dikenali sebagai Report Malaysia Taxi. Buat masa ini, ia hanya memfokuskan pengguna Android sahaja.

Melalui aplikasi Report Malaysia Taxi, ia membolehkan anda membuat aduan berkenaan sesuatu teksi itu dengan mudah. Dan berbeza dengan TaxiMonger yang hanya sekadar menghantar dan disimpan pada sistem mereka, melalui aplikasi Report Malaysia Taxi, ia membolehkan anda menghantar aduan terus kepada pihak berkuasa. Perkara ini sekaligus membolehkan pihak berkuasa mendapat maklumbalas pengguna, dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Selain daripada emel kepada pihak berkuasa, ia juga menyertakan sokongan menghantar emel kepada kementerian, media dan sebagainya. Menariknya, ia juga menyertakan sokongan untuk anda merakamkan gambar mahupun video, dan sertakan sekali bersama aduan anda.

Bagi anda yang berminat dan sering menaiki teksi, mungkin ini salah satu aplikasi yang amat berguna untuk anda dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Market hari ini. Disamping itu, bagi para pembangun tempatan yang ingin menyumbang kepada pembangunannya, anda boleh melihat kod sumbernya di GitHub, dan menyumbang dalam pembangunannya.


TIPS & ULASAN