Cari @ Amanz

Crysis 3 Bakal Menemui Pemain Pada Tahun Hadapan

Oleh Aman

Link Copied!

Crysis merupakan salah satu permainan tembak-menembak yang popular didunia yang dihasilkan oleh Electronic Arts. Selepas pelbagai ura-ura berkaitan dengan permainan generasi baru Crysis kedengaran akhir-akhir ini, pihak EA secara rasminya telah pun mengumumkan mengenai Crysis 3, dimana permainan tersebut bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan dijana menggunakan teknologi CryEngine 3 yang serba baru.

Melalui Crysis 3, ia akan mengambil lokasi di New York, dimana watak pemain kembali ke New York, dan mendapati pelbagai perubahan, dan aksi permainan fiksyen ini bermula daripada itu. Permainan Crysis sendiri terkenal dengan grafiknya yang amat baik, dan dengan penggunaan CryEngine 3, ia bakal membawanya ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Crysis 3 dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan, 2013. Namun sebelum itu, mungkin kita akan dapat melihat beberapa info seperti gambar dan juga video permainannya, apatah lagi beberapa acara berkaitan permainan video yang bakal muncul dalam beberapa bulan lagi.


Komen ()